KATA-KATA HIKMAH
PUISI GRAFIK
BERITA 1
14 Februari lalu
satu kejadian rogol telah dilaporkan di ibu pejabat polis Kota Kinabalu sekitar
jam 9 malam. Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan trauma ditemani oleh adiknya
ketika ditemui. Adik kepada mangsa menerima panggilan dari kakaknya yang ingin namanya
dirahsiakan pada jam 8 malam. Mangsa dilaporkan telah dirogol oleh teman lelakinya
sendiri dan empat lagi rakan-rakannya ketika mereka sedang beriadah di ODEC
UMS.
Pada
awalnya mangsa mengatakan teman lelakinya iaitu salah seorang suspek telah
mengajaknya untuk menyambut hari kekasih namun begitu suspek berkenaan datang
bersama beberapa kawan-kawannya yang juga menjadi suspek utama kes rogol ini. Menurut
laporan Insp. Rizal Hashim yang mengendalikan kes ini, terdapat unsur khianat
apabila teman lelaki mangsa memasukkan ubat tidur kedalam minuman mangsa
sebelum bertindak merogol mangsa secara bergilir pada malam kejadian.
Mangsa
ditemui dalam keadaan separuh bogel oleh pihak keselamatan ODEC UMS pada waktu
itu masih tidak sedarkan diri. Pihak keselamatan menyatakan bahawa ini adalah
kes pertama di laporkan. Hasil siasatan perubatan mangsa juga mengalami luka
dan lebam dibeberapa bahagian tubuh badan mangsa yang masih dalam keadaan
trauma dan enggan ditemu bual.
Setelah
maklumat diperoleh dari beberapa rakan mangsa, pihak polis telah mengenal pasti
suspek yang terlibat dalam kejadian ini dan telah menjalankan operasi mencari
dan menangkap suspek. Suspek dikenali sebagai Indra 28 tahun, Kamil 28 tahun,
Hasri 27 tahun. Khairul 24 tahun dan Amirul 24 tahun. Kelima-lima suspek
disiasat dibawah Akta Kanun Kesiksaan (Pindaan) 2013 jika disabit kesalahan
boleh dipenjara sehingga 30 tahun.
BERITA 2
NUMERA
MENDEKATI PEWARIS SASTERA MASA KINI
Kota Kinabalu- Khamis
22 Mac 2018 lalu, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia
Sabah telah menerima lawatan daripada rombongan Persatuan Sasterawan Nusantara
Melayu Raya (NUMERA) yang dibangunkan oleh Presiden persatuan, Datuk Dr Ahmad
Kamal Abdullah. Beliau adalah sasterawan negara yang mendapat pengiktirafan
pada tahun 2011 diatas sumbangan beliau dalam sastera budaya negara. Beliau
tiba bersama rombongan yang turut disertai oleh ahli-ahli NUMERA iaitu Dato Dr
Nashuha Jamidin, Pak Amir seorang pensyarah dari Jakarta, Umar Uzair bekas
pelajar Aswara, Shirley Idris, dan diiringi oleh seorang wakil daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Program
ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Professor Dr
Ismail Ali sekitar jam 2 petang. Majlis ini dihadiri lebih kurang 60 orang
pelajar yang mengambil jurusan Seni Kreatif. Program ini bertujuan untuk
memperkenalkan NUMERA kepada mahasiswa/i serta mengadakan sesi berpuisi secara santai.
Menurut Presiden NUMERA, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau nama pena beliau
Kemala, NUMERA ditubuhkan sesuai dengan matlamat iaitu mengangkat kesusasteraan
secara konsisten dan menduniakan bahasa ibunda masing-masing. Selain itu,
NUMERA ini dianggotai oleh ahli-ahli sastera terkenal dari seluruh dunia
antaranya tokoh sastera Russia, Arab, Indonesia dan banyak lagi. Gerakan ini
membincangkan tentang masalah-masalah kesusasteraan dunia dan menjalankan
usaha-usaha memartabatkan budaya dan bahasa kita sendiri.
Dalam
program ini juga mahasiswa yang hadir dapat menyaksikan persembahan puisi
daripada tokoh-tokoh NUMERA yang membawakan puisi mereka mengikut kreativiti
masing-masing. Tetamu yang hadir dapat merasai perbezaan dari setiap
persembahan yang dipersembahkan dimana puisi dilagukan, ditarikan dan ada juga
puisi yang dibawakan kedengaran seperti mengaji iaitu puisi Mim 40 puisi Kemala
yang dipersembahkan oleh Pak Amir.
Program
ini membuka mata dan minda mahasiswa/i dan tetamu yang hadir. Puisi adalah sebuah
warisan yang diinterpretasikan secara berbeza-beza dan meluas mengikut
pengetahuan dan pemahaman masing-masing. Program dan pendedahan seperti ini
seharusnya diteruskan agar mahasiswa/i terus cakna dengan perkongsian ilmu
bukan sahaja dalam bidang sastera malah merangkumi semua aspek pembelajaran.
Dalam
program yang berlangsung sederhana selama 3 jam ini turut mengadakan sesi soal
jawab antara mahasiswa/i dan NUMERA. Ia sedikit sebanyak mampu menjawab
kekeliruan dan pertanyaan tentang dunia sastera masa kini. Mahasiswa/i yang
hadir merasa teruja kerana memiliki peluang untuk menyertai program seperti ini.
BERITA 3
SENI
KREATIF SAMPAI KE KG LAUT PAPAR.
Pada 6 April yang lalu seramai 50
orang pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sabah, kos Seni kreatif
(major penulisan) telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kg Laut Papar.
Program ini di ketuai oleh Nazri bin Jamiri yang juga salah seorang mahasiswa. Program
ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di dewan terbuka Kg Laut Papar.
Program ini bertujuan untuk
mengeratkan silaturahim antara pelajar dan orang kampung. Program yang
menumpukan aktiviti kepada acara yang
melibatkan kanak-kanak di kampung tersebut seperti aktiviti ice breaking, teka
teki, sukaneka pecah belon dan pelbagai lagi. Aktiviti ini bagi memupuk semangat
berkumpulan dan kepercayaan serta kesungguhan. Terdapat lebih kurang 20
kanak-kanak yang turut serta dalam program ini dibantu oleh mahasiswa/i.
Menurut pengarah program Nazri Jamiri, ia bertujuan untuk meraikan
kanak-kanak di sana seterusnya mendedahkan mereka kepada kehidupan alam
universiti. Program ini berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama semua
mahasiswa/i.
YOUTUBE MARKETING PRODUCT


No comments:
Post a Comment