Tuesday, 1 May 2018

ANALISIS FILEM DAN POSTER HANTU BONCENG




POSTER FILEM HANTU BONCENG
Sinopsis

Cerita ini mengisahkan Amran seorang budak delivery yang gemar berlumba motor secara haram. Suatu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa bohsia yang diboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Maya mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapatkan bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantu menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Pelbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Amran berjumpa bomoh dan seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula insaf atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.


Tema

          Tema filem ini adalah kehidupan seorang pelumba motor. Tema sosial yang menceritakan tentang remaja yang gemar melakukan aktiviti lumba haram yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri dan orang lain. Tema ini juga dapat dilihat jelas didalam poster filem dimana terlihat seorang remaja lelaki yang sedang menunggang motorsikal. Filem komedi ini ditambah dengan unsur humor slaptik dimana pelakon membesar-besar watak mereka untuk membuat penonton terhibur.

WATAK DAN PERWATAKAN

a)   Watak utama (Zizan Razak)
Apabilaa melihat poster juga filem hantu bonceng ini jika diteliti dengan lebih mendalam dengan menonton dan melihat poster tersebut , penonton akan tertanya kenapa zizan diganggu oleh hantu yang dalam keadaan atas motor. Zizan dalam filem hantu bonceng beliau adalah merupakan watak utama dalam filem tersebut. Watak zizan dalam filem itu bernama Amrannyang merupakan seorang jejaka yang bergiat aktif dalam prlumbaan haram. Amran ini berkerja sebagai penghantar pizza. Jika kita merujuk pada poster hantu bonceng amran adalah seorang lelaki yang minat dengan kenderaan motorsikal oleh itu Amran sudah terjebak dengan luma haram terutamanya di Bandar kota raya Kuala Lumpur.

)                    b) Watakk Ayu/Maya
Wanita yang ada dalam poster itu adalah Maya. Maya adalah seorang yang lembut dan meninggal apabila malam pergi Kuala Lumpur untuk pergi kerja itu telah menjadi tragedy kepada maya dan meninggal dunia. Maya mempunyai kembar iaitu Ayu. Ayu adalah seorang yang sangat licik dan merupakan adik Maya. Ayu ini telah mempergunakan kakaknya dan menipu Maya bahawa ada kerja di kuala Lumpur dan Maya pun datang dari kampung. Ayu juga mempergunakan Amran apabila Amran datang untuk membalas semua apa yang dia lakukan terhadap Maya dan ingin membantu Ayu mencari kerja. Apabila Ayu di bantu oleh Amran, rupanya dia ada rancangan sendiri dengan Abang kekasih Amran iaitu Halimahton untuk memutuskan hubungan mereka.     

c)   Barisan Watak Dalam Filem
Nama
Pelakon
Amran
Zizan razak
Juliana Evans
Maya/Ayu
Jue Aziz
Halimaton
Taiyuddin Bakar
Kunyit
Eizlan Yusof
Bomoh
Azlan Komeng
Dani
 Cat Farish
Ustaz
Nursyuhaidah
Mariam
Zizie( fabulous cat)
Mimie
Zahid
Doktor
Yus Rajalawak
Pemilik kedai motor


3.0     BUSANA


Image result for zizan razak dalam hantu bonceng

Gambar 1
         
          Melalui filem hantu bonceng ini memaparkan cara seorang lelaki didalam usia yang remaja pada masa kini. Kebanyakan setiap babak watak utama ini menggunakan baju tshirt dan seluar jeans bagi busana yang digunakan. Begitu juga apa yang dilihat melaui poster yang menggunakan bajua biasa untuk ,enampakkan seorang remaja yang bergiat aktif dalam perlumbaan.
Gambar 2
Pakaian hantu seperti gambar di atas adalah berbaju kurung. Baju kurung adalah lambing kemelayuan seseorang. Baju kurung ini di gunakan oleh hantu kerana watak perwatakan Maya adalah seorang gadis kampung yang memakai baju kurung dan meninggal dengan memakai baju kurung. Tetapi apa yan dilihat dalam poster busana hantu itu adalah menggunakan kain putih seolaholah menampakkan hantu yang betul berbanding hantu pada dalam watak yang menggunakan baju melayu.

BAHASA DAN TEXT
          Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam poster filem hantu bonceng adalah Adobe Gothic Std B (size 20) dan Tecton Pro Ext (size 14) bahasa ini digunakan dengan tujuan untuk menekankanfilem yang disampaikan tidak seram tetapi mempunyai kelucuan dan jenaka dalam filem hantu bonceng. Selain itu, bahasa yang digunakan bahagian Nama Pengarah, adalah Adobe Fan Heiti Std B (size 12), bagi menunjukkan pengarah. Manakala, untuk bahagian tajuk mereka menggunakan bahasa Adobe Devanagari (size 72) dan Adobe Gothic Std B (size 20) bagi menekankan Tajuk Utama & menekankan cerita yang tidak seram dan mempunyai unsur jenaka .




POSTER FILEM HANTU BONCENG


PERALATAN DALAM POSTER

          Set dan props di dalam sebuah filem memainkan peranan yang besar dalam menjayakan sebuah cerita kerana ia bergantung kepada kelengkapan set dan peralatan dalam menjayakan dan menyokong cerita. Peralatan yang di tonjolkan berkaitan dengan cerita yang membawa makna. Begitu juga dalam filem Hantu Bonceng ini. Ia menyokong keberjayaan filem bagi menonjolkan dan menyampaikan unsur seram mengikut genre.

          Peralatan yang terdapat di dalam poster Hantu Bonceng ini membantu pelakon dan serba sedikit bercerita berkaitan dengan filem. Sebagai contoh peralatan yang terdapat di dalam filem ini ialah motor. Motor adalah sebuah simbol dimana motor adalah sebuah peralatan yang banyak digunakan di dalam filem. Motor adalah simbol kepada tajuk “bonceng”. Seperti yang di tonjolkan pada poster, watak utama membonceng hantu atau mangsa yang di langgarnya.

          Poster juga sedikit sebanyak menceritakan tentang filem secara tidak langsung. Tajuk filem dan poster sangat meyakinkan penonton bahawa tajuk dan cerita sudah jelas. Hantu yang dibonceng oleh lelaki iaitu watak utama dalam filem ini.

          Seterusnya adalah set jalan raya. Mengikut cerita ini, Amran banyak menghabiskan masanya di jalan raya untuk berlumba haram. Dia juga seorang “office boy” yang mempunyai motor. Cerita ini juga bermula apabila Amran kemalangan dengan seorang perempuan yang menjadi hadiah sewaktu perlumbaan. Mereka kemalangan di atas jalan raya dan setelah peristiwa itu, Amran sering diganggu oleh hantu wanita tersebut dimana sahaja dia berada termasuklah di atas motor.

LATAR

  • 1.    Latar tempat

Latar tempat merujuk kepada lokasi di dalam cerita. Ia menjadi sebuah sandaran kepada penonton untuk memahami jalan cerita supaya lebih jelas. Latar membantu dalam menyesuaikan jalan cerita dengan keadaan sekeliling.
          Latar tempat yang ada di dalam filem ini adalah, di bandar. Hal ini merujuk kepada kegiatan lumba haram yang giat di jalankan di bandaraya Kuala Lumpur. Begitu juga dengan latar yang ditunjukkan di dalam poster. Dapat di lihat secara mata kasar terdapat bangunan-bangunan pencakar langit di dalam poster tersebut.
  • 2.    Latar masa

Latar masa pula merujuk kepada waktu di dalam cerita. Di dalam filem ini, latar masa yang di tonjolkan adalah zaman moden sekitar tahun 2000. Ini kerana kegiatan lumba haram giat berlaku di Malaysia masa kini. Selain itu juga latar masa siang dan malam adalah samarata di gunakan dalam cerita ini. Meskipun begitu, dengan genre komedi horror, filem ini banyak menonjolkan waktu malam di mana waktu ini hantu yang menggangu Amran akan keluar.

  • 3.    Latar Masyarakat


Latar masyarakat merujuk kepada kehidupan sosial yang di tunjukkan. Masyarakat dan komuniti yang diangkat dalam cerita ini ialah komuniti yang gemar berlumba motor pada zaman ini. Ia menunjukkan lelaki yang menjadikan motor sebagai hobi mereka dan suka menyertai perlumbaan haram.


SIMBOL.

          Simbol adalah perkara yang memberi bayangan secara langsung atau tidak langsung di dalam sebuah filem. Simbol juga mewakili sesuatu perkara. Oleh itu dalam filem Hantu Bonceng ini, mereka menggunakan motor sebagai simbol yang menunjukkan mereka adalah sebuah komuniti yang gemar berlumba haram sehingga terjadinya tragedi kemalangan yang menyebabkan kematian. Ia menyebabkan kematian itu menjadi dendam dan menghantui Amran.

          Simbol seterusnya adalah kegelapan. Jika cerita bertukar malam atau menjadi gelap ia memberi banyangan bahawa sesuatu yang seram akan berlaku. Hal ini terjadi di dalam kebanyakkan filem horror. Begitu juga di dalam filem ini. Hantu akan keluar pada waktu malam dan menakutkan Amran. Selain itu, terdapat scene di dalam filem di mana sebelum hantu tersebut di tonjolkan, lampu di rumah Amran berkelip-kelip sebelum hantu menjelma.

DOMINSI WATAK

Didalam cerita hantu bongceng ini pengerak kepada cerita ini ialah Juliana evan atau lebih dikenali sebagai (ayu) didalam cerita ini dimana pada awalnya dia merupakan seorang anak gadis yang berasal dari kampung dan datang ke Bandar untuk mencari kerja. Kejadian bermula apabila ayu terlibat dengan kemalangan motor sikal bersama zizan razak atau nama didalam filem ini ialah (amran). Amran mula dihantu oleh ayu setelah kematianya yang meminta amran untuk sempurnakan kematianya kerana selepas terlibat kemalangan mayat ayu belum dituntut oleh ahli keluarga disamping angot badanya kurang menyebabkan ayu sering menghantui amran. Sepanjang filem hantu bongceng ini amran sering dihantui dengan kelibat ayu yang serupa hantu cuba untuk meminta tolong dengan amran.

Selain itu juga, dominasi watak didalam cerita ini ialah zizan razak ( amran) merupkan seorang mat rempit didalam filem ini. Watak amran seorang yang lucu dan lurus bendul mempunyai teman wanita iaitu halimaton merupakn seorang nusing disalah sebuah hospital. Zizan razak (amran) juga merupakan salah seorang watak utama didalam filem hantu bongceng ini dapat dilihat juga didalam poster filem ini dimana kelihatan hanya muka ayu dan amran ini menunjukkan bahawa kedua-dua watak ini sangat memainkan peranan yang penting bagi menjayakan filem ini. Amran yang sering dihantui dengn kelibat ayu membuatkan dia tidak selesa dan merasa takut amran mula mencari jalan untuk menolong ayu yang sering hadir dan menganggu dia.

Disamping itu juga, dominasi watak didalam filem ini ialah watak jue aziz atau lebih dikenali sebagai halimaton merupakan seorang nursing dan teman wanita amran. Halimaton yang pada mulanya agak kecewa dengan sikap amran kerana sering melibatkan diriny dengan perlumbaan haram menyebabkan dia tidak mahu membantu amran untuk mencari ahli keluarga yang ayu dan memberikan identity ayu.  Tetapi setelah amran menceritakan segalanya kepada halimaton tentang kelibatan ayu yang sering menghantui mereka menyebabkan amran sering terlibat dengan kemalangan membuatkan halimaton membantu amran dengan mencari ahli keluarga ayu untuk di tuntu.

Selain daripada ketiga-tiga watak utama didalam filem hantu bongceng ini juga kelihatan watak sampingan yang menjadi pernan penting dimana Taiyuddin Bakar merupukan seorang pelakon yang berjaya mengeletek hati penonton didalam filem ini dengan lenggok suaranyaaa, riak wajanya dan gerak badanya sememangya berjaya menghidupkan watak kunyit dengan begitu menarik. Kemunculan watak kunyit didalam cerita ini seakan-akan menghidupkan lagi jalan cerita dalam filem hantu bongceng kunyi merupakan kawan baik kepada amran dia juga merupakan seorang yang lurus bendul. Kunyit juga merupakan orang yang paling risau dengan keadaan amran apabila amran terlibat dengan kemalangan dan dia juga orang yang membantu amran apabil amran memerlukan pertolongan.

UNSUR KEKAGUMAN

Unsur kekaguman didalam filem hantu bongceng ini dapat dilihat dari poster filem hantu ini iaitu motor sikal senonim dengan tajuk filem iaitu hantu bongceng. Didalam filem ni hampir 99% menggunakan kederaan motor sepanjang filem ini berjalan. Hal ini kerana, motor sikal merupakan kenderaan yang sangat sesuai digunakan dalam filem ini melambangkan motor sikal yang mempunyai penumpang di bahgian belakang seperti mana didalam tajuk filem ini.

Selain daripada itu juga, unsur kekaguman didalam filem ini ialah dapat dilihat dari watak didalam filem hantu bongceng ini iaitu watak Juliana evans (ayu) dengan wataknya seorang pelakon utama dan hantu didalam cerita ini menjadikan ayu sangat menonjol sepanjang cerita ini. Pada awalnya watak ayu ini hanyalah manusia biasa tetapi setelah berlaku kemalangan motor sikal bersama amran menyebabkan rohnya tidak tentera dan sering menghantui amran.

Disamping itu, kalau dapat dilihat dari segi poster filem ini terdapat hanya gambar ayu dan amran sahaja ini menunjukkan bahawa watak mereka berdua sangat penting didalam filem hantu bonceng ini dan kedua-dua watak ini sangat menonjol. Terutamanya amran merupakan seorang mat rempit yang menyebabkan kematian ayu sering dihantui dengan roh ayu. Wataknya sebagai pemeran utam didalam cerita ini juga menyebabkan dia sangat menonjol.

KESMPULAN

Dari keseluruhn cerita hantu bonceng ini merupakan sebuah filem yang ringkas tetapi sarat dengan pengjaran menyampaikan mesej, nsihat dan sindiran terhadap pihak-pihak tertentu terutamanya remaja melalui penyampaian yang berbentuk komedi. Filem ini tidak sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hiburan disamping itu, file mini juga berjaya mempromosikan motosikal modens GT110 melalui satu adengan yang melibatkan zizan, taiyuddin dan yus daripada kumpulan jambu.

Filem ini juga merupakan sebuah filem yang banyk mesej berbentuk keagamaan, nasihat dan nilai murni masyarakat yang cuba disampaikan kepada penonton melalui pelbagai adengan yang boleh dikatakan sangat sarkastik dan itu yang menyebabkan ia menarik. Mesej-mesej yang cuba ditonjolkan didalam filem ini salah satunnya ialah kepercayaan kepada bomoh dimana masyarakat dimalaysia ini walaupun boleh dikatakan sudah hidup dilimpahi teknologi dan segala macam kecanggihan namun masih juga mempercayai bomoh yang karut .