Wednesday, 25 April 2018

FATIN SYAHIRA BINTI JUMADI



KATA-KATA HIKMAH


PUISI GRAFIK



GRAB ROGOL STUDENT

3 Nov Kota Kinabalu : polis telah menahan seorang saspek pekerja atau memandu grab di kawasan UMS (Universiti Malaysia Sabah) kerana dipercayai merogol seorang pelajar wanita dikawasan odec Rabu lalu.

Ketua polis daerah Sabah iaitu inspektor Abdul Hafiz Jumadi berkata bahawa suspek iaitu Lukamanul Hakim berusia 27 tahun itu telah di tahan dirumah sewanya University Apartment pada jam 12 tengahari.

Difahamkan, bahawa susupek yang baru sahaja bercerai itu telah mengalami despresi kerana suspek masih sayang terhadap isterinya itu.

Ketika ditahan saspek telah bergiat aktif dalam UMS untuk mencari penumpang grab, suspek telah dikepung oleh pihak polis dan tidak dapat melarikan diri.

“Polis juga turut merampas sehelai baju, pisau, telefon bimbit iphone 5s milik mangsa serta perodua Bezza dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah.” Katanya, hari ini. Abdul Hafiz berkata, hasil siasatan beliau telah mempunyai rekod jenayah masa lampau iaitu kesalahan mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan juga mendapati bahawa saspek melakukan jenayah berseorangan. Suspek kini telah direman seminggu bermula pada hari ini. Kes disiasat mengikut seksyen 392/397 KK kerana samun bersenjata,” katanya.

Semalam, BH Online telah melaporkan seorang gadis berusia 22 tahun dirogol dan disamun selepas mendapat grab tersebut dan membawa mangsa berputar kea rah odec sedangkan jalan hadapan lagi dekat berbanding jalan belakang iaitu jalan odec.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam apabila mangsa tidak mahu mengikut perintah akan dikelar leher mangsa dan merogol mangsa apabila mendengar perintah saspek srta mengambil telefon bimbit milik mangsa.



GENERASI NUMERA

16 Mac Kota Kinabalu- Kembara Ziarah Numera 2018 adalah persatuan Sasterawan Numera Malaysia adalah merupakan pertubuhan sasterawan yang berdaftar secara sah dibawah syarikat Pendaftaran pertubhan pada 2012 yang membawa misi memartabatkan sastera bahasa Melayu membuat program bersama-sama pelajar university Malaysia Sabah untuk memperkenalkan diri mereka dan Numera.

Hari program Numera itu banyak sasterawan Sabah yang terkenal telah hadir pada masa itu untuk memperkenalkan diri mereka masing-masing dan membuat persembahan puisi-puisi yang mereka rungkai.

Difahamkan bahawa semua ahli Numera ini adalah penulis yang sangat terkenal dan mempunyai pekerjaan yang berbeza tetapi masih ada masa untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Pihak DBP ada memberitahu bahawa Numera ini turut berinteram untuk mengimarahkan seni dan budaya kebangsaan melalui pelbagai aktiviti baca puisi dan persembahan sastera supaya khazanah yang ditinggalkan itu oleh Nusantara Melayu Raya adalah murni sebagai wadah untuk mengembangikesenian puisi dan bahasa selain kemasyarakatan karya sastera.

Antara pemuisi dan penuli sabah yang hadir ialah Nutahayla Anwar, Shirley Idris merupakan exco PersatuanSasterawan Numera Malaysia Presiden ikatan Kopi Sastera, Sasterawan Negara Dato’Dr.Ahmd Khamal Abdullah, Umar uzair iaitu penyair, penyanyi dan penulis kreatif, Dato Nasuha Jamidin iaitu Pensyarah, Doktor Perubatan, dan aktivitis seni ialah penulis yang dating pada masa itu dan memberikan sedikit inspirasi kepada penulis anak-anak muda seperti pelajar UMS yang mengambil bidang seni.

Kembara Ziarah Numera 2018 ini akan menjelajah ke Brunei, kota Kinabalu dan Sandakan untuk memperkenalkan lagi Persatuan Numera dan mengajak semua masyarakat untuk hadir melihat sasterawan yang banyak menharumkan nama Malaysia dengan kata-kata yang indah mereka rungkaikan kepada masyarakat dan Negara.



TINGGAL KENANGAN RUMAHKU SYURGAKU

TAWAU, SABAH, sabtu- Tujuh buah rumah musnah akibat dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Pisang Hill Top pada pukul 1.00 tengahari yang lepas. Dalam kejadian tersebut,  50 orang kehilangan tempat tinggal.

Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak dengan cepat. Empat buah kereta bomba dan dua buah van ambulan datang setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 tengahari itu.

Kebakaran itu berlaku begitu pantas kerana angin pada waktu itu sangat kuat sehinggakan kesemua pemilik rumah tersebut gagal menyelamatkan harta benda meraka seperti surat beranak dan dokumen penting. Pada masa kebakaran tersebut terdengar gas-gas yang meletup di setiap rumah yang terlibat dan menyebabkan kebakaran semakin marak. Pihak bomba yang tiba pada pukul 1.40 tengahari hanya Berjaya mengawal kebakaran selama 1 jam
.
Tiada yang kehilangan nyawa dalam kebakaran itu dan hanya warga tua yang telah mengalami trauma kerana terkurung selama 20 minit di dalam rumah akibat keluarga yang lain pergi membeli barang rumah dan warga tua itu telah dirawat oleh jururawat yang bertugas.
Jumlah kerugian dianggarkan mencecah sejuta ringgit sementara punca kebakaran masih disiasat. Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada system pendawaian elektrik dari rumah pertama yang terbakar dan sisa api jatuh keatas tilam menyebabkan kebakaran yang berlaku.



YOUTUBE MARKETING PRODUCT





No comments:

Post a Comment